“Amat Terkilan Kehilangan Besan Yang Baik Bagi Kami” – Patimah Ismail

Isteri kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam, Datin Patimah Ismail meluahkan rasa terkilan kerana kehilangan besan yang sebaik ibu bapa menantunya, Puteri Sarah Liyana.

Perkara itu telah diluahkan oleh Patimah menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Patimah turut berkongsi gambar Puteri Sarah yang merupakan bekas isteri anaknya, Syamsul Yusof yang sedang bercuti bersama keluarganya di Turki.

“Amat terkilan kehilangan besan yang baik bagi kami dan mertua yang memahami bagi sol,” tulisnya.

Terkesan dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar hubungan baiknya bersama keluarga Puteri Sarah terus terjalin di ruangan komen.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul pernah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014, namun bercerai pada 13 Jun 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Malah, Syamsul juga telah mendirikan rumah tangga bersama Ira Kazar pada 5 Januari 2023.

Fatin Nurain