Ambil Pengajaran Kisah Lalu, Syafiq Kyle ‘Insaf’

Aktor, Syafiq Kyle memohon kepada orang ramai untuk menjaga kesihatan rentetan keadaan kesihatan bapanya, Abdul Razak Husin.

Syafiq atau pemilik nama penuh, Muhamad Syafiq Shamim menjelaskan, keadaan bapanya bertambah baik cuma perlu memakan masa untuk pulih. Syafiq juga perlu banyak belajar untuk menjaga bapanya itu.

“Jangan pandang remeh soal kesihatan kerana ia memainkan peranan penting dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bukan saja kepada mereka yang sudah berusia tetapi golongan muda jangan memandang remeh soal kesihatan.

“Pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan penting  dan tidak seharusnya diambil mudah. Perkara yang terjadi kepada bapa saya berlaku sekelip mata dan membuka mata kami sekeluarga untuk menjaga kesihatan.

“Alhamdulillah… Keadaan bapa saya semakin baik, cuma memakan masa sedikit kerana sebahagian tubuhnya tidak dapat bergerak akibat serangan strok. Saya juga perlu banyak belajar kerana tidak mahu silap langkah ketika menjaga bapa,” kata Syafiq.

Terdahulu, bapa Syafiq rebah ketika menghadiri majlis ramah mesra bersama peminat pada September tahun lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar 9 malam itu mengejutkan tetamu yang hadir kerana bapanya, sebelum itu sempat menyanyikan sebuah lagu.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Fas