Ameena Tak Hadir Majlis Graduasi, Fizi Ali Sebak… Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah Syariah!

Perasaan teruja untuk menyaksikan anak tunggalnya bersama pelakon, Shakila Khoriri bertukar sedih apabila Ameena Sofia tidak muncul pada majlis hari graduasi yang diadakan pihak sekolah pada Sabtu.

Menurut Fizi Ali, dia sudah cuba menghubungi bekas isterinya itu namun panggilan dan juga pesanan WhatsApp tidak berjawab.

Justeru, Fizi atau nama penuhnya, Mohd Hafizudhin  Alimudin, 34, berkata, dia tidak teragak-agak untuk membawa masalah tersebut ke Mahkamah Syariah.

Malah, dia juga sudah mendapatkan nasihat peguam dan masih membuat siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Saya langsung tidak dapat menghubungi dia. Dari awal lagi dah call tapi tak angkat.

“Saya kaan bawa ke muka pengadilan. Saya tak boleh komen lanjut sebab bimbang akan ganggu siasatan.

“Peguam juga sudah menasihatkan supaya saya tidak bercakap soal ini dan apabila ada tidnakan lanjut saya akan maklumkan,” katanya.

Terdahulu, Fizi memaklumkan anaknya, Ameena Sofia tidak muncul pada majlis hari graduasinya.

Bahkan, yang lebih menyedihkan, dia menunggu Ameena untuk membuat persembahan memandangkan anaknya itu kerap berlatih seakan-akan tidak sabar untuk beraksi sempena majlis konvokeysen sekolah.

“Daddy tunggu -tunggu Ameena  dekat tempat graduation. Ameena tak muncul-muncul.

“Tidak apa Allah ada. Selamat bergraduasi Ameena,” katanya.

Dalam pada itu, Fizi juga meluahkan hasrtanya untuk meraiakan anaknya di Tambun juga tidak kesampaian selepas dia sendiri tidak tahu dimana keberadaan Ameena.

“Sepatunya kita celebrate dekat Tambun..nanti kita ganti balik okay..

“Kesian awak penat-penat berlatih hari-hari tunjuk dekat daddy and mama..last-last awak tak ada hari ni..

“Daddy tak tau awak dekat mana sekarang ni..awak jaga diri sayang,” jelasnya.

Menerusi perkongsian tersebut juga, Fizi kelihatan memegang goodies yang disertakan dengan belon, sekuntum bunga dan anak patung berwarna unggu untuk anaknya itu.

 

Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai sekitar Disember 2021.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan isteri baharu, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin