Featured By: Khairil Khusyairi March 15, 2023 @ 3:14pm

Amy Search ‘Terluka’ Sehingga Menangis Gara-Gara… “Saya Tak Kongsi Dengan Isteri Masalah Itu”

Penyanyi rock lagenda, Datuk Amy Search, mendedahkan dia pernah mengalami keresahan atau ‘anxiety’ akibat pernah dikecam ketika berlaku konflik diantaranya bersama kumpulan Search, sebelum ini.

Memetik laporan Harian Metro, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata dia berasa sedih apabila membaca komen-komen negatif terhadapnya.

“Perjalanan kerjaya muzik saya bermula awal tahun 1980-an dan ketika itu tidak banyak gosip seperti hari ini. Sekarang sebagai artis popular, jika kita tersilap bagi kenyataan ia akan mengundang kecaman di media sosial.

“Bila baca komen yang sangat negatif di media sosial, saya berasa lebih terluka. Takkan hasil kerja saya selama empat dekad dalam industri muzik dihina dan mendapat kecaman seperti itu ,” katanya.

Tambah pelantun lagu Isabella ini turut memaklumkan dia tidak mengetahui dirinya mengalami masalah tersebut malah tak pernah berkongsi dengan keluarganya.

“Saya sendiri tidak tahu ada ‘anxiety’ kerana tidak pernah didiagnosis oleh doktor sebelum ini. Namun, saya tetap melawan perasaan resah dan bimbang itu kerana tidak mahu menjejaskan kesihatan.

“Saya juga tidak berkongsi dengan isteri masalah itu. Bila tidur malam saya memalingkan wajah dari isteri kerana tidak mahu dia melihat saya menangis.

“Ketika dalam perjalanan ke majlis pelancaran ini pun saya berasa seperti mahu menangis,” kongsinya.

Disoal apakah cara terbaik baginya untuk mengatasi masalah tersebut, Amy berkata dia memilih untuk tidak membaca sebarang komen negatif.

“Saya mengelak dari membaca komen negatif di media sosial sekarang untuk menjaga kesihatan mental,” katanya.

Pada 2022, Amy tampil membuka mulut dengan mendedahkan isu persengketaan berlaku antara anggota Search selepas sekian lama mendiamkan diri.

Untuk info, Search diasaskan Allahyarham Yazit di Johor Bahru pada 1981. Bermula sebagai kumpulan kugiran kelab The Red Rooster di Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Jun 2020
Hiburan Mon, 17 Feb 2020
Trending Hari Ini Mon, 4 May 2020
Hiburan Thu, 12 Sep 2019
Trending Mon, 24 Aug 2020

PKPP Bakal Berakhir 31 Ogos Ini, KKM Saran MKN Lanjutkan PKPP

Korang setuju ke tak kalau pkpp dilanjutkan?

Hiburan Mon, 15 Jul 2019
Trending Wed, 20 Dec 2017

2018年选对吉日开工xtra好运

多数华人都会非常注重开工吉日,据说吉日开工,将可以确保在新的一年里顺顺利利。所以小编这里为大家整理了2018年开工吉日,大家不妨参考看看。

Featured Tue, 24 Oct 2023

“Darah Keluar & Sakit Perut Hingga Menggigil” – Tak Sangka Diri Hamil, Zizi Kirana Alami Keguguran 

Innalillahwainnailaihirrojiun. Moga ada rezeki lain inshaa-Allah💗

Featured Thu, 20 Oct 2022