Amylea Azizan Kembali Lebih Menyengat

Sebelum ini diri Amylea Azizan dianggap menyepi. Namun, dia tampil kembali bergiat aktif dengan lagu terbarunya iaitu Tak Pernah Hilang bersama rakan duetnya, Kaer Azami.

Dalam tempoh saya menyepi, sebenarnya saya adalah penulis lirik dan composer. Sebagai music producer, saya lebih fokus kepada artis-artis lain dan bukan diri sendiri. Katanya

Bagi saya, industri muzik memerlukan variasi suara. Jadi saya rasa tahun lepas adalah waktu yang tepat untuk saya kembali aktif. Dan, saya mengambil peluang ini untuk berganding bersama dengan beberapa rakan artis yang turut menyepi tetapi mempunyai potensi yang besar seperti Idayu dan Khai.”

Ternyata tindakan Amylea untuk aktif menyanyi mampu menaikkan kembali namanya dan rakan artis yang lain di dalam industri muzik tanah air.

Ad Ops