Categories: HiburanSelebriti

Anak Ahmad Dhani Sebak Di Konsert Reunion Dewa 19

Semalam berlangsungnya konsert reunion Dewa 19 yang mana lebih 7,000 penonton membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam.

Apa yang menyentuh hati di stadium semalam apabila anak kepada vokalis Ahmad Dhani, Abdul Qodir Jaelani atau Dul tidak dapat menahan sebak ketika mengiringi persembahan Ari Lasso menyanyikan lagu Hadapi Dengan Senyum dan Cintakan Membawamu Kembali.

Rata-rata peminat di dalam stadium turut mengalirkan air mata apabila melihat anak ketiga vokalis berkenaan sebak.

Ahmad Dhani dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosialnya.

Bukan itu saja, konsert semalam turut diserikan dengan klip memaparkan ucapan Ahmad Dhani kepada peminatnya yang tidak jemu memberi sokongan kepada kumpulan Dewa 19.

“Kepada Baladewa sekelian, saya memohon agar dapat mendoakan saya dan berharap saya dapat kembali bersama yang lain,” katanya.

Konsert Reunion Dewa 19 turut menampilkan vokalis Once yang mempersembahkan 20 buah lagu serta penampilan kumpulan Andra & The Backbone bersama sembilan lagu.

SGMS Faida