“Anak Bertuah Orang Suruh Belajar, Dia Pergi Petik Taugeh” – Gelagat Comel Jebat Jayden Curi Tumpuan

Anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering tular disebabkan telatahnya yang sering menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh Nabila di akaun TikTok.

Dalam video tersebut, Jebat sedang duduk bersila di atas lantai sambil tangannya sibuk memetik taugeh.

Menerusi hantaran berdurasi 22 saat itu, Nabila mengarahkan si cilik berkenaan membaca buku berbanding sibuk membantu di dapur.

Gelagat Jebat telah mendapat perhatian kerana membuatkan netizen terhibur dan menerima pujian ramai atas kerajinannya.

 

@noornabila00 Anak bertuah orang suruh belajar dia pergi petik taugehhhh 🫣 #jebatjayden #kidsoftiktok #fyp ♬ original sound – Noor Nabila

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geram melihat telatah si cilik itu sambil memuji dirinya rajin dan ringan tulang.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut menerima lebih 1.7 juta tontonan dan menerima lebih 96,000 tanda suka.

 

Sumber: Tiktok Noor NabilaAnak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering tular disebabkan telatahnya yang sering menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh Nabila di akaun TikTok.

Dalam video tersebut, Jebat sedang duduk bersila di atas lantai sambil tangannya sibuk memetik taugeh.

Menerusi hantaran berdurasi 22 saat itu, Nabila mengarahkan si cilik berkenaan membaca buku berbanding sibuk membantu di dapur.

Gelagat Jebat telah mendapat perhatian kerana membuatkan netizen terhibur dan menerima pujian ramai atas kerajinannya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geram melihat telatah si cilik itu sambil memuji dirinya rajin dan ringan tulang.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut menerima lebih 1.7 juta tontonan dan menerima lebih 96,000 tanda suka.

 

Sumber: Tiktok Noor Nabila

Dharnieya Nur Amelsa