[VIDEO] Pertama Kali Beli Mainan Happy Meal, Aksi Catriona Ross Ambil Order Dalam Dialek Kelantan Cuit Hati Ramai!

‘Merchandise’ keluaran McDonalds (McD) dalam pek makanan Happy Meal terbaharu iaitu barangan permainan crew McD menjadi fenomena dan trend masa kini selepas tular di media sosial.

Tidak ketinggalan, pelakon Catriona Ross turut terjebak membeli produk terbabit buat kali pertama.

Menurut selebriti yang berasal dari Kelantan ini, Catriona mendedahkan sejak kecil tidak pernah berpeluang membeli mainan keluaran McD.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Catriona melayan permintaan peminat yang meminta aktres ini mengambil order McD dalam dialek Kelantan.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah makanan yang diminta oleh ‘pelanggan’ drive-thru tidak disediakan oleh McD yang dikendalikan oleh Catriona ini.

“Double Cheese Burger? Harini kita cuma ada single. Tu pun masalah jugok tuh, cheese takdok,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, video Catriona meraih perhatian ramai yang terhibur melihat gelagat selebriti ini melakonkan semula pesanan McD yang menurut mereka sering berlaku di realiti.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 800,000 tontonan, 66,000 tanda suka dan 3,000 komen.

Artikel Berkaitan: Pakai Topi Pesanan ‘Happy Meals’ Buat Konsert, Peminat Terhibur Dengan Gelagat Azfar Heri

Aqilah Paharuzi