Categories: HiburanSelebriti

Anak Lan Solo Bakal Dibedah Hari Ini

Bekas anggota kumpulan Kristal ini mengharapkan doa dari semua peminat dan followers beliau apabila Lan dilihat telah memuat naik gambar anak keempatnya Nur Amna Quxandra yang mengalami clift lip atau sumbing bibir agar pembedahan anaknya itu berjalan dengan lancar.

Bagi Lan, sebagai seorang bapa kepada empat cahaya mata ini, pembedahan Quxandra merupakan pengalaman baru dalam hidupnya.

 

Dan, rata-rata followers beliau turut mendoakan agar pembedahan Quxandra berjalan dengan baik dan lancar dan sehingga kini entri itu sahaja telah mendapat lebih daripada 24k likes.

Nur Amna Quxandra telah dilahirkan pada 24 Februari lalu di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur. Selain Quxandra, Lan juga telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Salma Syahbuddin