Anak Minta Bersanding Sekali Lagi, Apa Jawab Raf Yaakob?

Adik kepada cef selebriti Datuk Fazley iaitu Raf Yaakob mendapat permintaan istimewa daripada anaknya, Chanela.

Menerusi video di laman Instagram, kanak-kanak comel itu mahu menyaksikan ibu-bapanya bersanding sekali lagi.

“ Memandangaan mereka tidak menyaksikan majlis perkahwinan antara saya dan Mawar pada tahun lalu, Chanela mahu saya dan Mawar bersanding sekali lagi.

“ Dalam pemikiran dia, lokasi itu perlu ada kolam renang dan dia mahu terjun,” tulis menerusi laman Instagram miliknya.

Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob itu memberitahu bakal menunaikan pemintaan anaknya selepas Mawar melahirkan bayi sulung mereka.

” Mungkin selepas mummy Rose melahirkan adik awak, mungkin ulang tahun perkahwinan yang ke 10,” ujarnya.

Raf berkahwin dengan Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November tahun lalu dan bakal menimang cahaya mata pertama pada Mac tahun hadapan.

SGMS Faida