Anak Sulung 4 Tahun Positif Covid-19, Hafizul Kamal Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon Hafizul Kamal dan anak sulungnya, Raisya Amanda disahkan positif Covid-19.

Hafizul menerusi laman Instagram berkongsi berita itu kepada para pengikutnya.

“Kami dua ketul positif Covid-19. Nak lepak gua. Alhamdulillah Sara dan Mieja negatif.

“Raisya punya paras oksigen (spo2) turun naik 91-96, demam maksimum 39.2 darjah celsius.

“Nikmat makan saya dah tiga hari hilang. Bau pun tak ada. Lapar tetap laparlah,” tulisnya.

Terdahulu, isteri kepada Hafizul Kamal, Nur Fariza Ibrahim memuat naik status di laman Twitternya menyatakan anak sulungnya itu mempunyai paras oksigen kurang dari 95 serta mengalami batuk dan demam beberapa hari lalu.

Menurut Fariza lagi, mereka sekeluarga mendapat keputusan setelah melakukan ujian saringan PCR di sebuah hospital.

https://twitter.com/mieja_ibrahim/status/1444656755019894793?s=19

Dalam pada itu, Hafizul dan Fariza masing-masing telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”