Acara By: Maya Basir November 15, 2023 @ 7:29pm

Anjur Kempen Projek Mimpi, Sirap Limau Tawarkan Wang Tunai Bernilai RM5,000 Untuk Realisasi Impian!

Menjelang tahun 2024, portal Sirap Limau menganjurkan kempen Projek Mimpi yang bertujuan untuk menjadi platform untuk berkongsi cita-cita, impian dan keinginan yang belum tercapai.

Kempen yang berlangsung pada 15 November 2023 sehingga 15 Januari 2024 ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 untuk seorang pemenang yang dipilih menerusi 3 fasa pertandingan.

Menurut Ketua Kandungan Rangkaian Bahasa Melayu REV Media Group iaitu Noraniza Azmi, Projek Mimpi merupakan inisiatif untuk memulakan tahun baharu dengan perkara yang positif.

“Oleh itu, kami ingin memulakan tahun 2024 ini dengan mengumpulkan azam dan cita-cita rakyat Malaysia menerusi Projek Mimpi.

“Perkongsian ini juga sekali gus diharap dapat memberi dorongan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai dengan usaha yang tekad dan berterusan,” katanya.

Pengurus Kempen Projek Mimpi, Nurul Halifah Hamiruddin menyifatkan kempen ini sebagai satu tanggungjawab sosial untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Fokus kami adalah untuk memperkasakan aspirasi dan hasrat setiap individu tidak kira impian berbentuk peribadi mahupun membantu orang lain bagi menaikkan semangat mereka.

“Selain itu, ini adalah satu usaha juga untuk memenuhi impian orang ramai yang mungkin kurang berkemampuan dari segi kewangan dan sebagainya,” ujarnya.

Penerbit Video Sirap Limau iaitu Rusul Ismail berkata, pihak editorial akan membawakan kandungan berkaitan Projek Mimpi menerusi artikel dan video di platform seperti TikTok, Facebook dan Instagram.

“Ini adalah wadah berkesan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa banyak impian dan keinginan individu yang tidak didendangkan. Sekali gus, kami ingin menarik orang ramai untuk tahu bahawa Sirap Limau membawakan konsep bacaan kekeluargaan,” jelasnya.

Projek Mimpi

Untuk mengetahui cara untuk menyertai kempen Projek Mimpi, anda boleh layari laman sesawang https://siraplimau.com/projekmimpi/

Selain itu, pengguna boleh membaca artikel berserta video-video menarik menerusi laman sesawang tersebut.

Maklumat lanjut mengenai fasa pertandingan Projek Mimpi adalah seperti berikut:

Fasa 1 (15 November sehingga 30 November 2023)

Kongsi impian dan harapan anda menerusi ruangan komen di hantaran Facebook Sirap Limau yang akan dimuat naik pada 15 November ini.

Fasa 2 (1 Disember sehingga 31 Disember 2023)

Sirap Limau akan menyenarai pendek impian 10 individu yang terpilih dan finalis perlu memuat naik video pendek berkisarkan kisah dan impian mereka di laman media sosial. Video perlulah berdurasi sekurang-kurangnya satu minit. Pemenang akan diadili menerusi jumlah interaksi video dan kreativiti peserta.

Fasa 3 (1 Januari sehingga 15 Januari 2024)

Seorang pemenang akan diumumkan di media sosial Sirap Limau pada 1 Januari 2024.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen Projek Mimpi boleh klik disini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Michelle Yeoh: Looking Rich and NOT Crazy With Signature Emerald Ring

Michelle Yeoh wore the gorgeous ring from Crazy Rich Asians to the 2019 Golden Globes!

Featured Tue, 23 May 2023
Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Penantian 12 Tahun Berakhir, Konsert Radja Malaikat Cinta 14 Julai Depan!

Konsert yang sepatutnya diadakan pada 5 Mei ini namun ditunda bagi memberi ruang serta menghormati kewajipan rakyat Malaysia bersempena pilihanraya umum pada 9 Mei

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Azira Shafinaz Akhirnya Nak Kahwin!

Menurutnya, beliau tidak akan melangsungkan majlis pertunangan seperti kebiasaan orang Melayu dan hanya terus melangsungkan perkahwinan sahaja. Wow!

Featured Thu, 8 Feb 2024

Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

Serius lah??? Jangan ketepikan mak bapak demi cinta . Susah nanti! 😤

Featured Tue, 15 Nov 2022

Belanja Beatbox Ketika Ceramah, Hazwani Helmi Dapat Tepukan Gemuruh Pelajar – “Adik Tu Tepuk Macam Nak Tercabut Tangan”

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan pasangan adik-beradik yang juga aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi dan Datin Seri Heliza Helmi hadir ke sekolah untuk memberikan ceramah. @hazwanihelmiAl kisahnya nak kena ceramah. Tapi tak sangka […]

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“Pedophile Is Watching” Ini Pesanan Netizen Buat Que Haidar

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tak gitu!