” Anugerah Itu Satu Rezeki, Saya Takkan Tolak” – Ella

Gelaran Datuk yang diberi kepada artis-artis kita adalah berdasarkan kepada sumbangan artis tersebut terhadap negara. Dan, kalau gelaran tersebut diberikan buat Ratu Rock Malaysia, Ella Aminuddin semestinya, ramai peminat yang bersetuju memandangkan beliau telahpun membawa lagu dan muzik tersebut sehingga ke luar negara. 

Namun, masih belum rezeki penyanyi ini untuk mendapat gelaran sedemikian. Menurut Ella, sekiranya ada pihak yang ingin memberikan pingat tersebut, dia pastinya tidak akan menolak dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Soal pingat Datuk tidak pernah difikirkan. Anugerh itu adalah satu rezeki dan jika tuhan belum mengizinkan, tidak mungkin saya akan memperolehinya”

” Sebenarnya bagi saya, pengiktirafan yang tertinggi adalah daripada peminat yang tidak pernah lelah menyokong kerjaya saya. Saya amat bangga dan puas hati apabila mereka menghargai karya yang saya hasilkan.” Katanya

 

Malah, Ella sempat menyatakan bahawa gelaran Ratu Rock Malaysia ini pun sudah cukup bermakna buat dirinya.
Terbaru, penyanyi ini baru sahaja menerima anugerah The Brandlaureatte Icon Celebrity 2018 pada Majlis The BrandlaureatteBrand Icon Leadership Awards pada Isnin.
Anugerah tersebut diberikan kepadanya diatas pencapaian beliau dalam industri muzik tempatan serta kejayaan beliau sehingga dilabel sebagai ikon penyanyi rock wanita yang cukup tersohor sehinggakan sekarang ini tiada siapa lagi yang mampu memegang gelaran tersebut.
Apapun, kami di xtra ingin mengucapkan tahniah buat Ella!
Salma Syahbuddin