“Apa Punya Soalan Macam Ni” – Agama Suami Dipersoal, Ini Komen Balas Dr Amalina

Selepas dikecam tidak mengikut cara berpantang orang Melayu, pakar bedah Dr Amalina Che Bakri sekali lagi menjawab persoalan netizen apabila ada yang tampil mempersoalkan status agama suaminya, Alexander Charles.

Perkara itu dikongsi Amalina menerusi pautan ‘Ask Me Question’ di Instagram Story miliknya pada Khamis.

“Hi Dr Amalina, adakah suami anda muslim atau tidak? Bagaimana pula dengan bayi awak?,” tulis netizen di pautan berkenaan.

Melihat kepada persoalan tersebut, Amalina bagaimanapun tampil memberikan komen balas mengenai pertanyaan tersebut.

“Apa punya soalam macam ni, Astagfirullahalazim.

“Suami saya sudah masuk Islam dua tahun lepas dan kami bernikah di Masjid Central London.

“Janganlah suka bersangka buruk pada orang lain. Tak susah pun doakan kebaikan kepada orang lain,” katanya.

Sebelum ini, Amalina tampil berkongsi tips penjagaan selepas bersalin gara-gara dia kelihatan sudah keluar bersia-siar walaupun baru empat hari melahirkan anak sulungnya, Arabella Mia.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Dikecam Tak Ikut Cara Berpantang, Netizen Pertahankan Dr Amalina Bakri – “Dia Doktor! Dia Lebih Tahu Kesihatan…”

ARTIKEL BERKAITAN:Tidak Berpantang Cara Orang Melayu, Dr Amalina Beri Tips Lepas Bersalin

ARTIKEL BERKAITAN:Dr Amalina Bakri Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Salma Syahbuddin