“Apa Yang Berlaku Saya Tak Nak Ambil Tahu” – Fazura Respons Isu Nama ‘Dipetik’ Diana Ketika Sesi Live Neelofa

Timbul isu apabila usahawan dan selebriti, Neelofa meminta untuk menyekat seorang individu bernama Diana ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz.

Individu tersebut disekat gara-gara meninggalkan komen berbentuk provokasi ketika sesi siaran langsung.

“Kalaulah Fazura buat inai mesti lagi bestnya,” tulis individu itu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tolong Block Si Diana Ni, Serabut Betul Komen Dia”- Neelofa Bengang Individu Kerap Sebut Nama…

Sehubungan itu, pelakon dan penyanyi Nur Fazura diminta untuk memberikan respons mengenai namanya secara tiba-tiba dipetik oleh individu yang dikenali sebagai Diana.

Bertindak matang, Fazura menyatakan dia memilih untuk tidak mengulas mengenai isu tersebut kerana tiada kena mengena dengan dirinya.

“Okay, saya rasa ini tak ada kena mengena dengan saya sebab sebenarnya… Diana ke apa benda nama ini kan.

“Saya ada dengar pasal ini juga, ternyata tak ada kena mengena dengan saya so saya rasa soalan itu mungkin pada saya, saya pun tak boleh nak jawab,” katanya kepada XTRA ketika ditemui di sidang media Faztival Fazura 2022 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Jelasnya lagi, memandangkan isu ini tiada kaitan dengan dirinya, pelantun lagu Sayangi Dirimu ini memilih untuk mengendahkan apa yang berlaku di luar sana dan ingin memberi fokus kepada kehidupannya sahaja.

“So apa yang berlaku di luar sana itu saya tak nak ambil tahu… lebih baik saya fokus dalam hidup saya sahaja,” tegasnya.

Atiqah Johari