Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Seorang artis veteran yang juga merupakan seorang komposer berusia 64 tahun ditahan selepas disyaki memukul abang iparnya menggunakan batang besi sehingga menyebabkan kecederaan.

Memetik laporan sumber Awani, penyanyi lelaki itu ditahan di sebuah flat yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras pada petang Ahad selepas berlaku salah faham antara mangsa dan juga suspek.

“Selepas salah faham berlaku antara suspek dan mangsa, suspek bertindak memukul menggunakan besi panjang di bahagian kepala, belakang badan, mata kiri dan bahagian lain badan mangsa.

“Akibat insiden itu, mangsa telah mengalami pendarahan di kepala dan menerima dua jahitan selain mengalami bengkak mata kiri dan lebam dibahagian tangan kiri dan kanan,” katanya.

Bagaimanapun, suspek yang juga peserta sebuah program realiti popular itu difahamkan mula direman hari ini sehingga Khamis.

Mengulas lanjut, sumber berkata, abang ipar kepada artis itu telah membuat laporan polis selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Sekadar info, pada tahun 2010, artis veteran ini pernah terpalit kontroversi berhubung perkahwinan yang tidak direstui oleh ibu mertuanya susulan jarak usia antara dia dan isterinya agak jauh.
Sumber: Awani
Salma Syahbuddin