Assalammualaikum Dari Lubnan, Faizal Tahir Kembali Ke Instagram

Penyanyi, Faizal Tahir yang kini sedang mengikuti misi kemanusiaan di Lubnan (Lebanon) memuat naik entri pertama di akaun Instagram miliknya @faizal_tahir setelah sekian lama!

Pelantun lagu Ragaman itu memuat naik sebuah rakaman video pendek dengan kapsyen ringkas ‘testing’ berlatar belakangkan anak-anak kecil di kem kemanusiaan tersebut.

 

Video yang memperolehi lebih 136k tontonan sehingga kini dan lebih 1400 komen berjaya mengubati peminat Faizal Tahir yang sudah lama menunggunya untuk kembali aktif di Instagram. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut termasuk rakan artis yang gembira dengan keputusan Faizal Tahir untuk kembali berInstagram dan tidak sabar menunggu entri-entri berikutnya. 

Julai lalu, Faizal mengumumkan akan berehat dari dunia muzik dan album kelimanya berjudul ‘Rojak’ yang dikeluarkan pada 2 Ogos 2019 adalah album terakhir darinya. Album tersebut turut memuatkan lagu popularnya, Ragaman. 

Baca: Faizal Tahir Mahu Bersara?

Terdahulu, Faizal bertindak memadam kesemua foto di akaun Instagramnya dan dikatakan mengambil keputusan untuk berehat dari dunia seni kerana terkesan dengan kehilangan dua sahabat baiknya, iaitu pemain gitar terkemuka, Fauzi Samin atau lebih dikenali sebagai Aji dan pemain bass terkenal, Kelly yang meninggal dunia tahun lalu.

Kredit Foto: Instagram @mxfzlthr

Del14