Awal Ashaari Mahu “Cuci Tangan” Dalam Industri?

Siapa yang tidak kenal dengan pengacara yang begitu sinonim dengan program Melodi ini. Awal Ashaari merupakan figura yang cukup terkenal di Malaysia. Namun, sejak akhir-akhir ini, beliau kelihatannya agak kurang keluar di kaca TV berbanding dahulu. Adakah beliau dah nak ‘cuci tangan’ dari industri seni tanah air?

 

Menurut Awal, beliau memang ada menerima tawaran untuk berlakon drama, namun beliau lebih mementingkan kualiti dan menfokuskan kepada kerjaya sebagai pengacara dan duta produk.

Buat masa sekarang, ini adalah peluang Awal untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bidang pengacaraan kerana beliau percaya, bidang ini mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Buat peminat Awal, jangan risau okay, Awal sebenarnya bukannya nak bersara dalam dunia pengacaraan pun. Dan, kepada peminat yang sentiasa menyokong dan mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka ni, mungkin produser kena buat Impak Maksima 2 untuk come back Awal nanti? 

Ad Ops