Awal, Scha Kongsi Tip Cari Rumah Idaman

Pasangan muda terutama yang baru berkahwin pasti selalu berdepan masalah mencari rumah baharu. Betul tak?

Program Misi Rumah Impian lakonan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya bakal memberikan idea menarik sebelum memiliki rumah.

Drama pendek yang bersiaran selama 10 minit ini mempunyai empat episod dengan jalan cerita menarik.

“Selalunya dalam pemilihan rumah, pandangan saya selalu berbeza dengan Awal. Tetapi kami akan berbincang untuk mencapai kata sepakat. Kompromi amat penting dalam memudahkan setiap urusan,” katanya.

Misi Rumah Impian mengangkat kisah suami isteri muda yang mencari rumah impian dan bakal berkongsi berkongsi termasuklah tip hiasan dalaman sebelum memiliki rumah.

Penggambaran program itu diadakan di tiga lokasi milik pemaju perumahan, EcoWorld iaitu di Eco Grandeur, Puncak Alam dan Eco Majestic, Semenyih, Selangor serta Eco Tropics, Pasir Gudang, Johor.

Misi Rumah Impian yang diarahkan Izuan Mokhtar akan menemui penonton setiap Rabu dan Khamis bermula 27 November ini, jam 9.50 malam di TV3.

SGMS Faida