Categories: HiburanSelebriti

Awas! Awie Keluar Amaran

Berikutan laporan tuntutan seorang wanita terhadap pemuzik kumpulan legenda agar bertanggungjawab selepas lelaki itu menghamilkan dirinya, vokalis Datuk Awie menyifatkan dakwaan itu seolah menjatuhkan kerjaya kumpulan Wings.

Dalam masa sama, Awie mencabar wanita berkenaan untuk tampil menunjukkan bukti sekiranya berada di pihak yang benar.

“ Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang. Tunjuk bukti jika dakwaannya benar. Kenapa dia sembunyikan wajahnya ketika membuat dakwaan tersebut. Saya tidak tahu hendak percaya atau tidak.

“Boleh jadi itu merupakan agenda untuk menjatuhkan kerjaya muzik Wings. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kontroversi berkenaan menjejaskan reputasi kumpulan Wings,” kata Awie kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Sungguhpun begitu, jika dakwaan wanita yang kini hamil lima bulan itu benar, Awie mahu pemuzik dimaksudkan bertanggungjawab.

“ Salah tetap salah. Kalau betul pemuzik itu harus bertanggungjawab dengan perbuatannya.

“ Saya juga tertanya-tanya mengapa dia tidak membuat laporan polis jika perkara itu benar. Jika tidak, wanita itu sengaja mengada-adakan cerita seperti di zaman jahiliah,” akhirnya.

SGMS Faida