Categories: Eat Travel

Restoran Ini Beri Burger Percuma Jika Anda Mengundi Untuk PRU14, Jom Serbu!

Ye, betul! Para pengundi yang tinggal di Lembah Klang, jangan lepaskan peluang ini!

Restoran berinspirasikan Melbourne, Epic Fit Meals Co. telah mengumumkan bahawa para pengunjung akan diberi burger popular mereka, Chummy Burger secara percuma pada 9 Mei nanti!

Tapi itu hanya jika mereka telah pergi mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-14. Kalau tak, tak boleh, ya.

Jika berminat, anda hanya perlu pergi ke mana-mana cawangan restoran tersebut selepas mengundi dan tunjukkan staff di sana dakwat pada jari anda sebagai bukti.

Itu saja! Lepas itu anda boleh enjoy Chummy Burger anda.

Foto: Facebook Epic Fit Meals Co.

Tawaran ini hanya sah untuk pelanggan yang ingin makan di restoran itu ataupun bawa balik. Delivery tak boleh, ya.

Setiap pelanggan hanya boleh dapat satu burger percuma saja. Yang paling penting, restoran ini disahkan halal! Yay!

Epic Fit Meals Co. menawarkan menu yang bukan saja sedap dan convenient, tapi murah. Tapi yang paling penting, makanan-makanannya adalah sihat. Check out menunya di sini.

Ada 3 cawangan yang anda boleh kunjungi, dan ia buka setiap hari dari pukul 11 pagi ke 11 malam.

Ini alamatnya: 

Damansara Perdana: E-105, Metropolitan Square, PJU 8/1, 47820 Petaling Jaya

Bandar Sunway: 22, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya

Mont Kiara: G-3A, Mont Kiara Meridin, Jalan Duta Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

Jom pergi mengundi dan makan free!

Sumber: Epic Fit Meals Co.

Ad Ops