Ayda Jebat Bakal Catat Nama Dalam Malaysia Book Of Record?

Pastinya teruja apabila bakal menghiburkan penumpang selama setengah jam menerusi penerbangan AirAsia bermula dari lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) menuju ke Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Ogos depan. 

Mengadakan persembahan pada ketinggian 38,000 kaki di udara, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sekaligus bakal mencatat sejarah sebagai penghibur pertama mengadakan persembahan sebegitu rupa.

Bagi penyanyi kecik molek ini, ia adalah pengalaman yang cukup berbeza jika dibandingkan dengan persembahan yang lain.

Sumber : Instagram @aydajebat

” Pastinya ia akan menjadi satu pengalaman yang berbeza dan tidak akan saya lupakan. Maklumlah, saya bakal menyanyi di ketinggian 38,000 kaki di aras laut.

“Peluang ini membuatkan saya rasa teruja. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana mempercayai bakat saya dan saya sendiri tak sabar untuk menghiburkan peminat dan penumpang pada hari tersebut.” Katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.

Dan, apa yang menariknya persembahan ini bakal dicatatkan dalam Malaysia Book Of Record sebagai persembahan muzik secara langsung di paras ketinggian 38,000 kaki.

Salma Syahbuddin