Terlibat dalam drama televisyen paling popular, Nur 2, Azar Azmi mengakui tertekan membawakan watak Juita. Walaupun watak dan karakter nya dalam drama Nur 2 ini sangat berani namun, beliau bersedia untuk berdepan dengan kecaman netizen.

“Secara jujur saya agak tertekan membawakan watak Juita dalam Nur 2 kerana watak ini banyak bermain dengan emosi, tapi saya bertuah apabila pengarah dan kru yang terlibat banyak memberikan tunjuk ajar untuk menghidupkan karakter.” Katanya.

Dalam Nur 2, terdapat satu babak Juita bertindak di luar kawalan apabila beliau cuba untuk ‘menodai’ Ustaz Adam. Sekaligus, berdebar untuk melihat reaksi penonton dan peminat setia drama ini. 

” Kalau saya berjaya membuatkan orang benci dan marah, itu bermakna saya mampu menjiwai watak. tetapi jika sebaliknya saya sendiri perlu bersedia untuk berdepan kecaman” Jelasnya.

Terdahulu, bakat lakonan Azar Azmi dilihat semakin menyerlah apabila muncul dalam drama Pujaan Hati Kanda dan ternyata watak yang dipegang oleh beliau dalam drama tersebut berjaya melekat terus dihati peminat sebagai ‘fatimah gila’.

Salma Syahbuddin