Azar Azmi Tak Kesah Dikecam Bawa Watak Kontroversi

Bakal muncul dalam drama bersiri popular, Nur 2, pelakon yang pernah menjadi sebutan menerusi drama Pujaan Hati Kanda ini sekali lagi bakal membawakan watak panas yang pastinya mengundang kecaman para netizen diluar sana.

Namun bagi Azar Azmi, 28, watak yang bakal dibawakan ini adalah cabaran buat dirinya sebagai seorang artis yang telahpun berkecimpung dalam bidang seni selama 10 tahun.

Justeru itu, beliau tidak kisah sekiranya watak dalam drama Nur 2 ini bakal mendapat kecaman. 

“Semestinya memang kena kecam sebab ada scene yang mungkin boleh menimbulkan reaksi yang pelbagai. Kalau wataknya itu berjaya alhamdulillah. Kalau benda tu tak berjaya pun kena kecam, okay pun kena kecam, tak okay pun kena kecam. Apa yang saya mampu adalah buat yang terbaik sahaja” Katanya.

Selain itu, Azar juga menjelaskan bahawa atas tuntutan watak dalam drama tersebut, beliau turut mengenakan pakaian seksi sesuai dengan karektornya sebagai seorang pelacur.

Wah, macam tak sabar je nak tengok Nur 2, agaknya macam manalah Fatimah gila ni bawak watak pelacur yang rebutkan Ustaz Adam dari Nur. Memang gila agaknya ? 

Apapun, sama-samalah kita tunggu!

Salma Syahbuddin