Baby Shima Dakwa Agamawan Tidak Ikhlas Dalam Menegur & Hanya Mahu Viral

Penyanyi sensasi, Baby Shima memberitahu bahawa sesetengah pendakwah tidak ikhlas dalam menegur sebaliknya hanya mahu tular semata-mata.

Shima berkata demikian apabila dia memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang individu yang sedang memberi pendapat tentang sikap sesetengah pendakwah yang sering menegur kesalahan artis tetapi tidak kepada rakan-rakan pendakwah.

Menerusi video yang dimuat naik, individu berkenaan berpendapat agar agamawan tidak memilih isu sebaliknya menegur semua pihak.

Tambah individu itu, dia juga berpendapat sebahagian agamawan suka menegur tetapi tidak suka untuk ditegur.

Di ruangan kapsyen, Baby Shima pula bersetuju dengan pendapat individu berkenaan sekali gus berpendapat sesetengah agamawan tidak ikhlas dalam memberikan teguran.

“PU, Dai dan Ustazah media sosial ni bukan ikhlas nak menegur, hanya untuk konten supaya viral dan FYP,” tulis Shima.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu tersebut apabila mengatakan segelintir agamawan menegur hanya kerana mahukan populariti semata-mata.

Sumber: Instagram babyshimaofficial

Khairil Khusyairi