Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 5, 2023 @ 12:45pm

Badan Sado Khai Bahar Jadi Tarikan Lelaki? Ini Jawapan Tuan Badan

Penyanyi Khai Bahar menjelaskan dia berjinak-jinak dengan sukan kecergasan atau bina badan adalah untuk kepuasan dirinya sendiri.

Menurut Khai atau nama lengkapnya Muhammad Khairul Baharuddin, dia menyedari dunia kecergasan kini sudah menjadi gaya hidupnya untuk lebih sihat.

“Sebenarnya untuk diri sendiri saja, pergi ke arah positif. Saya nak sihatkan diri sendiri, untuk diri saya juga.

“Ia satu kepuasan bila saya buat badan,” ujarnya ketika ditemubual bersama program hiburan popular TV3, Melodi, baru-baru ini.

Disoal apakah masih lagi tiada insan yang mendekati dirinya, penyanyi asal Perlis ini segan silu menjawab seolah-olah menyerahkan kepada takdir.

“Jodoh tak tahu lagi…besar macam mana pun kalau jodoh tak sampai, tiada juga.

“Tiada siapa pun yang mendekati, kesian saya,” seloroh Khai.

Khai Bahar

Khai anggap bina badan sebagai satu kepuasan

Biarpun penampilan Khai kini yang semakin sasa, pastinya menarik perhatian ramai gadis-gadis. Namun, ada juga kaum lelaki yang turut tertarik kepada bentuk tubuh badan pelantun lagu Bayang ini.

Kata Khai, dia menganggap perkara itu sebagai inspirasi buat lelaki di luar sana yang idamkan bentuk tubuh badan yang ‘sado’.

“Mereka cuma tertarik sahaja, sebab dahulu orang selalu cakap saya ‘keding’.

“Bila dah berubah mungkin mereka terinspirasi. Tak tahulah apa mereka fikirkan, mungkin mereka rasa mereka juga boleh buat badan, saya boleh buat mengapa tidak bagi orang lain kan.

“Kita fikir positif saja okey, jangan fikir lain-lain, otak kena fikir yang bersih-bersih,” tutupnya.

Terdahulu, Khai juga turut aktif memuat naik foto dan video dirinya bersenam di media sosial sehingga menarik perhatian ramai.

Untuk perkembangan lain, Khai Bahar bakal membuat persembahan konsert di Dewan Filharmonik Petronas pada 11 November ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja Hiburkan Peminat, Khai Bahar Bakal Persembah ‘Sisi’ Lain Di DFP!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pejam’ Satukan Khai Bahar, Adira Suhaimi Selepas 2 Tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Keadaan Terkini, Khai Bahar Sedih Ibu Jadi Pelupa Akibat Sakit – “Rindu Mak Yang Dulu, Berat Nak Terima Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Kekalkan Budaya Permainan Tradisional, Khai Bahar Suntik Semangat Anak Muda Dalam Lagu ‘Lat Tali Lat”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Oct 2024
Featured Fri, 3 Feb 2023
Selebriti Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Meriahkan Jelajah Nur 2 Dan Temui Barisan Pelakon Di ISetan KLCC Esok!

Nak jumpa Ustaz Hamadi dan Aisyah dalam Nur 2? Jom kunjungi Isetan KLCC esok!

Featured Tue, 16 Nov 2021

“Best Juga, Dapat Gaduh Dengan Orang…” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong ingin menyahut cabaran mencuba karakter yang belum dibawakan olehnya. Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail ingin membawakan karakter antagonis atau pun watak aksi. “Saya nak cuba satu watak yang lain yang […]

Featured Mon, 19 Sep 2022

Zara Zya Nak Jadi Jahat

Zara Zya nak bawa kelainan dalam lakonan

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Bukan Tak Nak, Belum Ada Rezeki

Sudah pasti, sebagai wanita yang sudah berumah tangga, saya juga mempunyai impian untuk menjadi ibu.

Featured Fri, 18 Apr 2025

Impian Jadi Kenyataan! Wajah Marsha Milan Kini Terpampang Di Billboard New York… Dilantik Duta Spotify Asia Equal April 2025

Penyanyi popular, Marsha Milan bersyukur apabila wajahnya kini muncul menghiasi papan iklan di kota metropolitan Times Square, New York.

Events Mon, 7 Jan 2019

BLACKPINK Terus Mendominasi Dunia Hiburan

Ddu-Du-Ddu-Du, Oh yeah! oh, yeah! Haaa.. kepada semua peminat BLACKPINK nantikan berita terbaru mengenai mereka hanya di xtra.com.my

Trending Thu, 21 May 2020
error: Content is protected !!