Featured By: Aqilah Paharuzi March 10, 2023 @ 12:54pm

“Bahagia Cara Kita… Maaf Anak-Anak Ibu Banyak Perkara Terjadi,” – Titip Pesanan Pada Anak-Anak, Nurul Shuhada Buat Ramai Sebak!

Perkongsian terkini, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri di Instagram telah menyentuh hati ramai pihak.

Shuhada memuat naik foto anak-anaknya iaitu, Humairah dan Umar ketika menjalani penggambaran model baju raya.

Berdasarkan hantaran tersebut, Shuhada menitipkan pesan buat anak sulung perempuannya itu untuk sama-sama terus menjadi kuat dalam mengharungi liku-liku kehidupan bersama.

“Humairah (putih kemerah merahan panggilan Rasulullah buat Aisyah isteri baginda. Anak pertama ibu yang Allah isi dalam rahim ibu, zuriat pertama yang Allah hadiahkan untuk ibu..

“Humairah seorang anak yang sangat cerdik, anak yang sangat baik, anak yang sangat memahami keadaan ibu, anak yang sangat solehah, anak yang mudah di urus, anak yang Allah berikan kesempurnaan fizikal dan mental.

“Ibu doakan semoga Humairah terus kuat, kita sama-sama menjalani kehidupan kedepan bertiga ya sayang? Ibu kasih sayang Humairah sampai syurga Allah swt,” tulisnya.

Menerusi hantaran lain, Shuhada turut memuat naik foto anak lelakinya, Umar dengan ucapan yang penuh syahdu, namun tidak dapat diakhirinya kerana sebak.

“Umar (memperjuangkan yang hak dan batil, sebak sangat) Semua yang melihat Umar mesti akan kata ‘ni mesti jaga ibu dia macam Uwais, yang akan memperjuangkan hak ibu, yang mendahulukan ibu dalam segala hal’

“Wahai anak ibu, ibu minta maaf, sepanjang kehidupan Umar 2 tahun 6 bulan ni, macam macam jadi… tapi Umar tetap menjadi anak yang memudahkan kehidupan ibu, anak yang sangat sangat manja dengan ibu, anak SOLEH ibu,

“Wahai anak ibu Umar… (takboleh teruskan, biarlah hati berbicara) Doa ibu sentiasa mengiringimu sayang,” akhirnya.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh hati membaca coretan seorang ibu tunggal yang membesarkan kedua-dua anaknya itu sendirian tanpa sosok figura suami disampingnya.

Terdahulu, konflik rumah tangga Hafidz dan Shuhada hangat diperkatakan selepas muncul kontroversi pelakon Melestik ke Hatimu ini curang kepada isterinya.

Bukan itu sahaja, Hafidz juga telah menceraikan isterinya dengan talak satu menerusi panggilan telefon disaksikan oleh keluarga Shuhada.

Beberapa minggu lalu, Shuhada dilaporkan telah ditumbuk oleh Hafidz sebanyak tiga kali sehingga meninggalkan parut kekal di wajahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Kantoi Check In? Bekas Isteri Dedah Ada Bukti Perbuatan Maksiat – “Itu Dosa Dengan Allah, Tapi Cari Kami Di Padang Mahsyar…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kekasih Hati Takut Dikecam Lagi Sebab…” – Nurul Shuhada Dedah Punca Ditumbuk Hafidz Roshdi!

ARTIKEL BERKAITAN: Berhubung Semula Lepas 7 Tahun, Hafidz Roshdi Pernah Halang Persahabatan Nurul Shuhada Dengan Kawan? – “Selepas Awak Kahwin, Orang Toksik Tu…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Ini Sebab Fendy Bakry Ambil Keputusan Balik Kampung!

Keadaan itu berlarutan hingga sekarang. Dia sedang dirawat di kampung dan kita berharap semua pihak mendoakan kesihatannya…

Trending Fri, 14 Aug 2020
Featured Fri, 17 Jan 2020
Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Thu, 8 Dec 2022

Gelagat Ummi Nazeera Di Karpet Merah Curi Tumpuan Netizen – “Terpeleot Pun Comel Dia Ni!”

Gelagat pelakon Ummi Nazeera di karpet merah Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka minggu lalu mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran di akaun TikTok, Ummi yang berjalan di karpet merah sambil berpegangan

Events Sun, 5 May 2019

Be the Top Scorer at SuperPark Malaysia and Win Exciting Prizes

SuperPark Malaysia kicks off the SUPER RACE challenge with local fitness and lifestyle personalities Talitha Tan, Akiyo Chai (BaBy Akiyo), and Mia Chai to inspire an active lifestyle.

Events Thu, 13 Dec 2018

邓智彰黑发做到白发!12张贺岁专辑成集体回忆

大马贺岁歌曲金牌制作人邓智彰自嘲黑发做到白发,连续12张贺岁专辑成集体回忆。

| Live TV