Baiknya! Layan Anak Tiri Macam Anak sendiri, Ramai Puji Isteri Fizo Omar – ” Bertuah Cik Yam, Dah Lah Mummy Cantik!”

Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri Azrai sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi video pendek di laman Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Fazeera dilihat berkongsi momen bersama anak tirinya, Wan Maryam yang disifatkannya sebagai sumber yang paling banyak mengajarnya erti untuk menjadi seorang ibu.

Bahkan, dia seolah-olah membuat video tersebut sebagai tanda apresiasinya buat Wan Maryam atau lebih mesra dengan panggilan Cik Yam.

“Detik-detik berharga kita bersama, Cik Yam Umi. Terima kasih Allah atas anugerah terhebat ini!. Sebelum Khaleeda, saya banyak belajar dari awak, Cik Yam, untuk memahami dunia seorang ibu walaupun bukan saya yang melahirkan awak.

Apa yang paling menggemberikan saya adalah melihat awak dan Khaleeda mencurahkan kasih sayang yang tiada penghujung antara satu sama lain. Saya memohon maaf kerana tidak menjadi ibu yang baik untuk anda tetapi awak sentiasa yang terbaik untuk saya!. More to come and more babies for you cikyam,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji Fazeera yang disifatkan bukan sahaja cantik tetapi memliki keperibadian yang baik sekaligus berpendapat, Cik Yam sangat bertuah kerana memiliki ibu tiri yang penyanyang.

 

Salma Syahbuddin