Categories: HiburanSelebriti

Baju Macam Kena Belit Ular Sawa Ella DiKritik

Ratu Rock negara Ella. Suara emas yang dimiliki oleh Ella memang cukup dikenali dikalangan peminat muzik rock tempatan. Sekali dengar je boleh tahu suara Ella.

Kalau jadi penyanyi rock, imej pun kena nampak rock. Dari dulu memang imej rock Ella menjadi ikutan anak muda.

Namun penampilan Ella baru-baru ini ketika menjayakan konsert di Kuala Lumpur, menjadi perhatian ramai kerana dikatakan tidak kena dengan imej seorang penyanyi rock.

Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat turut meluahkan rasa kesal dengan gaya dan fesyen Ratu Rock, Ella yang dilihat seperti dibelit oleh ular sawa.

Berdasarkan kapsyen di Instagram Ella, dress hitam dengan ropol metalik melingkar di bahagian dada yang digayakan oleh Ella pada konsert tersebut adalah rekaan jenama tempatan, Mimpi Kita.

Please jangan pakai getah rambut dekat badan..

Peminat setia Ella juga turut memberi komen tentang imej tersebut yang dikatakan tidak kena dengan imej rock penyanyi itu.

SGMS Enal