Categories: LIFESTYLEStylo

ADA APA DENGAN NEELOFA DAN FASHION VALET?

Nampaknya tahun 2017 adalah tahun paling bertuah untuk Neelofa. Mana tidaknya, selepas dilantik menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia, Neelofa sekali lagi mencipta nama dalam bidang fesyen apabila berkolaborasi bersama jenama fesyen terkenal iaitu Fashion Valet. Memang tuah ayam nampak di kaki, tuah Neelofa siapa yang tahu.

 

Sumber: Fashion Valet

 

Kalau korang nak tahu, Koleksi Neelofa x Fashion Valet ini mempunyai 11 koleksi ekslusif dan  dijual pada harga RM139 sehingga RM189. Berpatutan kan? Kalau korang peminat setia Naelofar Hijab, semestinya korang tak nak lepaskan peluang untuk miliki koleksi ekslusif ni. Koleksi ini akan mula dijual di rangkaian butik Fashion Valet di Bangsar II dan Pavillion bermula 16 Disember 2017.

 

Setiap koleksi ini turut bercirikan “personal style” Neelofa sendiri. Menurut Neelofa sendiri, setiap koleksi ini direka khas untuk para wanita di luar sana dan boleh dipandankan pada bila bila masa dan di mana sahaja, sesuai untuk digayakan di tempat kerja dan untuk aktiviti bersantai di hujung minggu seperti menonton wayang atau keluar makan bersama teman istimewa. Pemilihan warna yang “bold” turut membuatkan koleksi ini tampak lebih menarik. Wow!

 

Sumber: Fashion Valet

Sumber: Fashion Valet

So, kepada korang yang memang sukakan fashion dan OOTD Neelofa, tunggu apa lagi? Cepat miliki koleksi menarik ini di laman web Fashion Valet https://www.fashionvalet.com/brands/1054/neelofa-x-fashionvalet  dan jadilah seperti Neelofa dengan gayamu yang tersendiri!

 

 

 

 

 

Ad Ops