Categories: HiburanSelebriti

Pelakon Latiff Borgiba Meninggal Dunia, Pada Hari Lahirnya

elakon veteran terkenal, Latiff Borgiba atau nama sebenarnya Abdul latiff T.K Gomu Kakah meninggal dunia di kediamannya di  Setapak Kuala Lumpur, kira-kira jam 3 petang tadi, lapor Utusan Online.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua pada 14 Disember iaitu pada hari lahirnya ke 80 tahun.

Dilahirkan di Bangkok, Thailand, Allahyarham berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 dan memulakan kerjanya sekitar 1960-an, di mana watak yang dibawaoleh Allahyarham cukup dikenali terutamanya dalam drama-drama pendekar.

Memetik laporan Astro Awani, anaknya Ab Uzza menyatakan Allahyarham mengalami kekejangan pada awal Rabu lalu.

“Semua anak-anak datang melawat Allahyarham malam tadi. Bapa saya kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika kami datang melawat.

“Ayah sudah lama menghidap sakit tua,” katanya.

Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem termasuk ‘Dang Lenggang’, ‘Ribut di Hujung Senja’ dan ‘Anakku Suamiku”. Antara produksi televisyen yang pernah dibintangi Latiff termasuk drama 13 episod berjudul, “Tekukur Tak Berbunyi Lagi”.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan 16 orang anak akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar jam 9 malam ini

SGMS Enal