Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 15, 2023 @ 11:27am

Bakal Kahwin Dengan Kerabat? Jeslina Hashim Beri Respons – “Komen Negatif Akan Dipadam, Elak Tarik Lebih Ramai Orang B*doh”

Penyanyi Jeslina Hashim mengaku bakal berkahwin dengan Tengku Eddy Nasruan Adil tidak lama lagi selepas beberapa keping foto miliknya dikongsi menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Malah, Jeslina Hashim Khairuddin Mohamed Hashim, 45, dikhabarkan bakal berbiras dengan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim memandangkan Tungku Eddy merupakan adinda kepada suami Sarimah, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffa.

Walaupun berdepan dengan pelbagai kontroversi sebelum menjelang hari bahagianya, Jeslina bagaimanapun memilih untuk kekal tenang dan tidak mengambil pusing tentang pandangan netizen terhadap kehidupannya.

Bahkan, menerusi hantaran di platform tersebut, pelantun lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu menjelaskan, bahawa dia akan memadam komen-komen negatif yang ditinggalkan di ruangan sosial media miliknya.

“Komen negatif dan bodoh akan dipadamkan untuk mengelak lebih ramai orang bodoh,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jeslinahashim (@jeslinahashim)

 

Menerusi hantaran yang berlainan pula, Jeslina turut memuat naik sepotong video pendek memaparkan dirinya berada di sebuah pulau mewah beserta kapsyen seakan-akan meluahkan isi hatinya terhadap spekulasi yang timbul.

“Reaksi terbaik untuk diberikan kepada orang-orang yang tidak berpendidikan dan meninggalkan komen tak masuk akal serta artikel-artikel bodoh. Bukankah anda mempunyai banyak  masa untuk melakukan pelbagai perkara yang baik? Heres to be kind,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jeslinahashim (@jeslinahashim)

 

Bagaimanapun, memetik laporan mStar, Jeslina menegaskan, dia akan berkongsi mengenai status hubungannya bersama Tunku Eddy sekiranya dia sudah bersedia kelak.

“Saya minta maaf, saya tidak boleh komen mengenai hal ini. Orang ramai boleh fikir apa yang mereka mahu.

“Mungkin nanti bila saya dah bersedia, saya akan kongsikan kepada semua dan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan saya,”ujarnya.

Sekadar info, Jeslina pernah berkahwin dengan Dion Andrew Vercoe pada 2005 dan bercerai pada 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dengan dua cahaya mata perempuan Micah, 15, dan Keira, 13.

Manakala, Tunku Eddy merupakan cucunda kepada Yang Di-Pertuan Besar  Negeri Sembilan yang ke-10, Tunku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.

 

Sumber: Instagram, mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Events Wed, 11 Jul 2018

Malaysian Wannables Can Purchase Exclusive Merchandises at CJ WOW Shop

This sale is going on in lieu of Wanna One’s World Tour.

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
#tilljannah Sat, 25 Feb 2023
Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Zayn Malik Kembali Solo

Malik, bekas anggota kumpulan penyanyi Britain, One Direction, dan Hadid, model bagi Victoria’s Secret, Fendi dan Tommy Hilfiger, tidak memberikan punca perpisahan mereka.

Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] “Girlfriend Baba Ke Mommy Lagi Cantik?” – Soalan Cepumas Sharnaaz Ahmad Pada Jebat Jayden Mencuit Hati Netizen

Bijaknya Fiderman ni!! Geram min 🤪 Kemain lagi kawtim dengan Baba ek Jebat hehehe 🥰🤣

error: Content is protected !!