Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 29, 2023 @ 2:00pm

Bakal Lahirkan Anak Kedua, Neelofa Minta Netizen Hormat Privasi – “Kali Ini Janganlah ‘Over’ Sangat”

Umum mengetahui selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa, bakal melahirkan cahaya matanya yang kedua tidak lama lagi.

Jika sebelum ini putera sulungnya iaitu Muhammad Bilal mendapat perhatian warganet, apatah lagi dengan kehadiran bayi kedua ini pastinya memberi keterujaan kepada peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Neelofa Kongsi Saiz Baju Bilal, Netizen Komen: “Dah Nak Jadi Abang, Baju Pun Kena Extend Saiz”

Menurut Neelofa, dia akan mengekalkan konsep sama iaitu akan mengambil masa untuk berkongsi bayi keduanya itu kepada umum.

“Penyakit ain ini bukan sahaja terjadi pada anak pertama sahaja, anak kedua pun saya akan ambil masa untuk berkongsi, macam Bilal saya tak kongsikan rutin harian dia tapi ada masa tertentu sahaja tunjuk.

“Kita akan tengok pada masa yang sesuai untuk kongsikan,” ujar Neelofa.

Bagi bekas pengacara program Nona itu, menghormati privasi seseorang adalah menjadi prinsipnya dalam berkongsi berita mengenai cahaya mata.

“Yang penting adalah menghormati keputusan apa yang ditetapkan oleh ibu bapa di luar sana untuk anak mereka.

“Bukan saya sahaja, anak orang luar pun ada yang tak mahu kongsikan anak di sosial media ataupun bergambar, sama juga seperti saya.

“Tapi dalam situasi saya, mereka buat bahan jenaka tapi saya tak ambil serius cuma kalau tak buat macam itu lagi bagus. Hormat apa yang telah ditetapkan dan tunggu sahaja.

“Yang dalam industri adalah ibu bapanya, bukan anaknya,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa berharap kehadiran cahaya mata kedua ini dipermudahkan dan meminta orang luar menghormati keputusannya sekeluarga.

“Kali ini janganlah over sangat, buat kelakar atau bahan lawak. Saya akan hargai kalau orang diluar sana boleh hormati keputusan kami untuk simpan dahulu, bila masa sesuai kita akan tunjukkan,” harapnya.

Untuk info, Neelofa pernah menjadi perhatian warganet apabila memilih untuk tidak berkongsi wajah anak pertamanya, Muhammad Bilal selama 10 bulan.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari 2022.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Jul 2018

国际友谊日丨世界各国打招呼的方式

今天是国际友谊日,让咱们一起来学习学习世界各国的打招呼方式吧!

Featured Thu, 25 Jun 2026

Sheila Rusly Kongsi Pesanan Arwah Ayah Mentua, Minta Cucu Tak Tinggal Solat Subuh

Sheila Rusly berkongsi momen menyentuh hati apabila mengimbau kembali pesanan arwah bapa mentuanya kepada cucu-cucunya sebelum ini.

Featured Mon, 14 Nov 2022

Mas Khan Dikecam Netizen Bela Anjing, Ada Tatu – “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri”

Orang dulu-dulu bela anjing untuk jaga kawasan kebun.. So ni lebih kurang ke?

Hiburan Mon, 23 Mar 2026
Hiburan Sat, 30 Jun 2018

Nokia 6.1 Dalam Perjalanan Ke Malaysia?

Nokia Mobile MY telah mempertontonkan video peranti Nokia 6.1 dengan ayat membayangkan peranti tersebut akan mula mendarat di Malaysia. Mengikut maklumat dari Nokia Malaysia, setakat ini cuma peranti Nokia 7 Plus dan Nokia 1 sahaja yang dibawa masuk secara rasmi oleh […]

Featured Sun, 31 Oct 2021

Joe Flizzow Jadi Guru Bahasa Inggeris… Tukar Profesion Ke?

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mendapat inspirasi melancarkan program pengajian Bahasa Inggeris selepas mendapat respons seorang guru di Kelantan. Guru itu berterima kasih atas usaha kumpulan rap yang dianggotai oleh Joe, Too Phat yang merakamkan […]

error: Content is protected !!