‘Bakal Suami Sediakan Rumah Untuk Anak’- Elly Mazlein Terharu Kesungguhan Si Dia

Pengacara Bintang Bersama Bintang Elly Mazlein mengaku telah pulang ke Kelantan baru-baru ini untuk bertemu dengan bapa kekasihnya yang tidak sihat di kampung.

Tambah Elly Mazlein atau lebih popular dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, dia juga terharu melihat kesungguhan kekasihnya yang sudah menyediakan rumah untuk bakal anak mereka.

“ Alhamdulillah si dia sangat bersungguh dalam hubungan kami. Apa yang membuatkan Kak Lina terharu, dia sanggup mencari duit untuk menyediakan rumah untuk kami sekeluarga.

“ Meskipun baru berusia 28 tahun, kematangan si dia memikat hati Kak Lina. Jarang sekali dapat jumpa lelaki matang di usia begitu tetapi syukur Allah permudahkan hubungan kami,” katanya kepada XTRA.

Memberitahu bakal suaminya bekerja dalam sektor Kerajaan, Elly juga terharu anaknya, Sephia amat rapat dengan lelaki itu.

“ Bila tak berjumpa, Sephia akan tanya mana ‘papa’ dia. Anak sangat gembira malah rapat dengan bakal papanya.

“ Doakan agar urusan Kak Lina dan si dia ke jinjang pelamin dipermudahkan Allah SWT. Sudah lama saya tak gembira macam ini, Alhamdulillah syukur kepada Allah atas hadiah ‘pelangi selepas mendung’ dalam cerita kehidupan saya beberapa tahun lepas,” akhirinya.

Terdahulu, Elly Mazlein pernah berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sephia yang kini berusia tiga tahun.

SGMS Faida