“Bantu Kesihatan Mental”- Dilantik Utusan Khas Presiden Di PBB, BTS Sumbang Lebih RM15 Juta Menerusi Kempen Love Myself

Kumpulan K-Pop terkenal BTS yang dilantik sebagai ‘Utusan Khas Presiden bagi Generasi dan Kebudayaan Masa Depan’ di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru baru ini berjaya mengumpul dana sebanyak USD 3.6 juta (lebih RM15 juta) menerusi kempen Love Myself.

Menerusi laman web rasmi UNICEFF, BTS aktif mempromosikan kempen LOVE MYSELF sejak tahun 2017 bagi menyebarkan mesej positif kepada generasi muda dan menimbulkan kesedaran generasi muda mengenai kesihatan mental.

Malah, kempen LOVE MYSELF turut menjadi antara kempen paling lama yang dipromosikan oleh kumpulan di bawah label Hybe entertainment itu.

“Kempen ‘LOVE MYSELF’ bertujuan untuk meningkatkan  kesihatan mental buat gologan remaja dan muda.

“Kesihatan mental kami sebagai individu dan kumpulan juga mulai menunjukkan perubahan. Menerusi kempen ini, kami berharap orang ramai akan menyedari kepentingan menghargai dan mencintai diri sendiri”, kata BTS.

Dalam pada itu, persembahan kumpulan terkenal itu di PBB menerusi Permission To Dance terus mencetuskan fenomena apabila disenaraikan sebagai video yang menerima jumlah tontonan terbanyak di Youtube.

Menerusi kerjasama bersama UNICEFF, BTS juga aktif menyuntik semangat positif kepada orang ramai untuk menghentikan keganasan, buli, dan sebagainya serta meningkatkan kesedaran mengenai keyakinan diri.

Kumpulan BTS dianggotai oleh tujuh orang ahli iaitu Kim Namjoon, Kim Seokjin, Park Jimin, Kim Taehyung, Jeon Jungkook, Min Yoongi dan Jung Hoseok.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”