Rentas Negeri : Kebenaran Rentas Negeri Dibuat Serentak Diseluruh Negara Jika… – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kebenaran rentas negeri akan dibuat secara serentak untuk seluruh negara, dan akan diumumkan dalam beberapa hari sahaja lagi.

Menurutnya, kebenaran serentak itu berikutan kebanyakan negeri dijangka mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa 80 peratus dan apabila purata vaksinasi individu berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara mencapai 90 peratus.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bersabar sementara menunggu kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus dan akan mengumumkan kebenaran rentas negeri dalam tempoh terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Rentas Negeri : Bersediakah Anda? Kini Hanya Tinggal 0.9 Peratus Sahaja Lagi Untuk Capai Vaksinasi 90 Peratus

ARTIKEL BERKAITAN: Rentas Negeri Dibenarkan Dalam Beberapa Hari Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Rentas Negeri: Disaran Buat Ujian RTK Sebelum Pulang Ke Kampung – KJ

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin