Bantu Orang Kurang Siuman, Wak Doyok Confuse Nama Dikenali

Ikon fesyen dan pelakon, Wak Doyok menceritakan pengalaman memberi sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Menerusi hantaran Wak di laman Instagram, dia bersedekah kepada orang kurang siuman namun apa yang lebih terkejut apabila individu terbabit mengenalinya.

“Berlaku satu peristiwa time aku ngopi di kedai arab.

“Tiba-tiba datang orang kurang siuman mintak rokok pada aku. Aku cakap rokok tak ada curut ada lah.

“Lepas itu, aku bagi dia duit suruh beli makanan je. Sorry campai dari atas. Yang aku hairan dia boleh kenal aku walaupon dia kurang siuman,” tulis Wak.

Menjengah ke ruangan komen, warganet terhibur dengan apa yang diberitahu oleh Wak di ruangan kapsyen dan ada juga yang memujinya kerana sentiasa ikhlas menghulurkan bantuan.

“Awak idola saya.

“Yang penting pemberian Wak Doyok ikhlas, Amin. Wak Doyok idola ford ranger.

“Orang kurang siuman tak bodoh Wak, cuma dia hidup dalam dunia dia sahaja. Ni dah tahun ke 15 saya kerja kat wad mental,” komen peminat.

 

 

Halimey Zamal