“Banyak Ilmu Yang Perlu Saya Dalami” – Lisa Surihani

Kebelakangan ini, kisah penghijrahan pelakon Datin Lisa Surihani sering menjadi topik bualan ramai terutamanya di media sosial.

Malah, ada juga golongan wanita yang menjadikan aktres itu sebagai inspirasi untuk berhijrah selepas melihat penampilan terkininya.

Menurut Lisa, dia berasa bersyukur dan lega apabila kisah hijrahnya menjadi teladan untuk orang lain, biarpun dirinya masih mempelajari banyak perkara untuk kekal istiqamah.

“Kita semua lalui perjalanan (hidup) yang berbeza. Apa yang kita perlu buat adalah mendoakan antara satu sama lain.

“Kalau ada yang mengambil kisah penghijrahan saya sebagai contoh, Alhamdulillah. Saya doakan mereka.

“Perjalanan saya masih panjang, banyak lagi perkara yang perlu saya fahami. Untuk istiqamah dalam kebaikan perlu ilmu,” katanya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Lisa turut menyatakan hasrat untuk fokus dalam memperbaiki kefahaman agama dan Al-Quran.

“Banyak ilmu yang perlu saya dalami. Misalnya, saya belum lagi selesai menelaah terjemahan setiap muka surat di dalam al-Quran.

“Begitu juga hadis, tafsir dan taddabur, kaedah untuk saling berhubung dengan al-Quran. Saya kena belajar semuanya.

“Mungkin banyak lagi perkara tentang agama yang perlu saya cari dan fahami,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Fatin Nurain