Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 24, 2023 @ 6:08pm

Bapa Mangsa Tak Percaya PU Azman Buat Perkara Tak Bermoral Terhadap Anak – “Saya Terkejut, Marah!”

Bapa kepada salah seorang mangsa kes amang seksual membabitkan penceramah selebriti, PU Azman memberitahu Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini bahawa dia tidak percaya tertuduh akan melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

Menurut laporan Harian Metro, anak keduanya iaitu remaja lelaki berusia 18 tahun mengenali tertuduh sejak sekolah rendah selepas mengikuti kem motivasi dikendalikan PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 42.

“Anak saya mengenali PU Azman sejak darjah enam lagi, saya tahu mereka rapat dan ada berhubung tetapi tidak pasti sejauh mana.

“Kali pertama saya jumpa PU Azman ketika menghantar anak lelaki ke rumahnya di Sendayan pada 5 Februari 2022 bersama isteri dan tiga anak yang lain. Dia (mangsa) sendiri minta hantar ke sana sebab jauh dari rumah kami di Klang,” katanya.

Saksi kedua berusia 54 tahun itu berkata demikian di hadapan Hakim Datin Surita Budin pada hari pertama perbicaraan kes.

Menurut juruteknik kilang itu, dia tidak mengesyaki apa-apa selepas menghantar anak lelakinya bermalam di kediaman PU Azman, namun sempat meminta penceramah itu supaya menasihati dan membimbing anaknya mengenai agama terutama berkaitan solat.

Dia turut memberitahu mahkamah yang dia mengetahui anaknya menjadi mangsa perbuatan amang seksual dalam pertemuan bersama seorang wanita yang juga ustazah sekolah rendah mangsa di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor pada 27 Ogos 2022.

“Ustazah memberitahu anak saya telah menjadi mangsa PU Azman… anaknya juga menjadi mangsa. Isteri yang kenal ustazah sebelum ini.

“Saya terkejut, marah. Tak sangka dia (tertuduh) sanggup buat perkara yang dilarang. Saya hanya tahu perkara ini daripada Ustazah, anak tidak bercakap atau beritahu perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly adakah dia percaya bahawa anaknya menjadi mangsa kes amang seksual, saksi itu menjawab tidak percaya, mengambil kira tertuduh bergelar ‘ustaz’ yang dipercayai tidak akan melakukan maksiat.

“Ustaz akan mendidik anak bangsa menjadi ummah yang baik. Sebelum ini saya tidak khuatir hantar anak bermalam di rumah PU Azman,” katanya yang memberitahu anaknya berubah menjadi tertekan pada akhir tahun lalu serta menyatakan hasrat mahu berhenti sekolah.

Selain Husni Fairos, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.

Seterusnya, saksi kedua itu berkata, dia menemani anaknya membuat laporan polis pada 31 Ogos 2022 di Shah Alam atas persetujuan mangsa sendiri.

Terdahulu, saksi pertama iaitu jurufoto Jabatan Siastan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan, Lans Koperal Mohd Nor Arif Mohd, 38, memberi keterangan dan mengemukakan gambar tempat kejadian dan barang rampasan yang dirakam iaitu permaidani dan satu botol.

Seramai 26 saksi dijangka akan dipanggil sepanjang perbicaraan kes itu sehingga 28 Julai.

PU Azman didakwa terhadap atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Niena Baharun Kini Bergelar Ibu… Tahniah!

Niena memilih untuk bersalin menerusi kaedah pembedahan kerana menyedarinya dirinya seorang yang penakut.

Featured Mon, 27 May 2024
Trending Tue, 30 Jun 2020
Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Mira Filzah Tak Mahu Kongsi Banyak Kisah Peribadi

Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya.

Featured Wed, 11 Feb 2026

Sarimah Ibrahim Mohon Henti Normalisasi Adegan Nangis Melampau

Menurut Sarimah, lakonan yang hebat tidak dinilai dari lontaran skrip yang lantang mahupun luahan emosi berlebihan

Featured Sat, 12 Nov 2022

Iron Baju Umrah Ibu, Aksi Anak Wan Maimunah Undang Sebak Warganet

Pelakon terkenal Malaysia , Wan Maimunah yang akan mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi telah meraih perhatian warganet di media sosial. @aidahshermerican Semoga dipermudahkan urusan Ibu Dunia Akhirat… Salam rindu kami buat Rasulullah SAW. #wanmaimunah […]

Hiburan Thu, 28 Aug 2025
error: Content is protected !!