Hiburan By: Padin November 7, 2023 @ 11:33am

Baru Sekali Dipentaskan, Teater Dang Anum Ditawarkan ‘Roadshow’ ke Batam dan Riau

Walaupun Teater Dang Anum terbitan Persatuan Seni & Budaya Redholah (The Redholah) baharu saja dipentaskan, mereka telah mendapat tawaran untuk mengadakan jerayawara (roadshow) ke beberapa negeri di dalam dan luar negara.

Penerbit dan pengarah, Amirul Haswendy Ashari, berkata tawaran itu muncul dari kalangan peminat teater yang menghubungi The Redholah dan menyatakan minat untuk membawa naskah ini ke beberapa lokasi terpilih.

“Pada awal mendapat tahu mengenai tawaran itu, pihak persatuan agak terkejut, seperti bermimpi pula! Pihak itu menawarkan kerjasama dan tajaan untuk membawa Teater Dang Anum ke beberapa negeri di Semenanjung,” katanya.

Lebih mengejutkan, pihak yang membuat tawaran itu mahu naskah ini turut dipentaskan di Batam dan Riau, Indonesia.

Apatah lagi, naskhah ini sememangnya sangat dekat dengan masyarakat terutama bangsa Melayu yang tinggal di beberapa kepulauan Melayu seperti Batam dan Riau.

“Setakat ini kami belum bersedia untuk mendedahkan siapa pihak itu kerana masih dalam proses perbincangan, lagi pun kami mahu Teater Dang Anum ini selesai terlebih dahulu. Jika ada rezeki, tidak mustahil naskah ini akan ‘mengembara’ ke seluruh pelusuk negara termasuk ke negara jiran,” kata Amirul lagi.

Dalam pada itu, Teater Dang Anum yang mula dipentaskan pada Sabtu dan Ahad kelmarin, berjaya menarik hampir 500 penonton.

Pementasan Teater Dang Anum di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur menampilkan Ain Sufia sebagai Dang Anum, Azizul Ammar sebagai Megat Seri Rama/Laksamana Bentan, Along Eyzendy sebagai Sultan Mahmud dan Adam Shahz sebagai Tun Beja Ali.

Selain menampilkan pelakon teater berpengalaman seperti Md. Hussin, Azhar Jalil, AG Hafiz, Shareezwan, Myza Alid, Eyza Shariff, Affan Mohd dan ramai lagi.

Teater Dang Anum adalah projek teater pertama The Redholah di bawah Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kolej Seni Kreatif, Pengajian Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Oct 2018

Munafik 2 Bocor Di Laman Sosial Buat Mawi Bengang?

Sebenarnya benda ini dah lama berlaku cuma kali ini, suspek itu ‘terkena’. Tolonglah berhenti buat kerja macam ni ya!

Hiburan Sun, 22 Oct 2023
Hiburan Wed, 10 Jan 2024
Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Pentas Macam Pelamin Kahwin, Sufian Suhaimi Nafi Sindir Sesiapa

Mana ada perli lah, Pian menghayati lagu je pun, sebab tu lah…

Featured Tue, 22 Aug 2023

A.Galak Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ini Teguran ‘Pedas’ Yusof Haslam

Haa, kan dah kena sound dengan Datuk tu👍👍👍

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Wah! Keluarga Nick Jonas Jadi Tumpuan Di Madras

Beberapa keping gambar yang berjaya dirakam memperlihatkan Nick Jonas bersama ibu-bapanya di Lapangan Terbang Antaranbangsa Chhatrapati Shivaji untuk menyambut ketibaan ibu bapanya.

Featured Fri, 1 Apr 2022

Syed Saddiq Jawab Salam Yasin Sulaiman – “Bukan Satu Tugas Mudah, Tapi..”

Syed Saddiq menegaskan akan tetap berpegang teguh kepada pendiriannya..