Bawa Watak ‘Penyondol’, Puteri Sarah Tidak Kisah Dikecam Warganet

Mengambil peluang membawakan watak antagonis sebagai penyondol yang mampu memdatangkan pelbagai persepsi netizen, Puteri Sarah Liyana tidak mahu mengaitkan kehidupan peribadi dan kerjaya lakonannya.

Difahamkan, Sarah membawa watak sebagai ‘penyondol’ menerusi sebuah drama yang akan ditayangkan pada Jun ini.

Memetik artikel Berita Harian, Sarah tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju membawa watak tersebut dan hanya sekadar untuk menambah portfolio sebagai pelakon.

“Saya terima watak ini bukan membalas dendam atau mahu buktikan apa-apa. Selama bergelar pelakon, saya tidak pernah ditawarkan watak antagonis, jadi tidak ambil masa lama untuk bersetuju.

“Sebelum ini, penonton memuji lakonan saya sebagai dalam sebuah drama di mana saya dilihat memperjuangkan hak wanita. Namun, kali ini saya bawakan watak yang sebaliknya.

“Sedikit sebanyak terbit juga kebimbangan kerana orang sudah mula menyayangi watak sebelum ini, tetapi saya terima watak baharu demi mencabar kredibiliti sebagai pelakon,” katanya.

Untuk rekod, Sarah bakal melebarkan sayapnya ke Indonesia dan bakal terbabit dengan beberapa projek filem, lagu dan juga perniagaan.

Sumber: Berita Harian

Izzi Farhana