Categories: HiburanTrending

Bawa Watak Suami Curang, Fattah Amin Bermain Dengan Emosi Dalam Khilaf Asmara

Kali terakhir beraksi di TV3 menerusi drama rantaian Pink Smile pada tahun 2020, pelakon Fattah Amin kembali menghangatkan kaca televisyen anda menerusi drama bersiri Khilad Asmara terbitan Radius One.

Bakal ditayangkan di slot Samarinda bermula 18 April, Khilaf Asmara boleh mengubat rindu peminat untuk menyaksikan aksi lakonan Fattah di TV3.

“Jika sebelum ini saya banyak membawakan watak baik dan ‘prince charming’, saya membawakan watak antagonis dalam Khilaf Asmara.

“Sebelum ini saya pernah bawa watak jahat, tetapi untuk drama bersiri ini, saya berpeluang untuk meneroka karakter Luqman dengan lebih mendalam,” katanya.

Mendalami watak suami curang, Fattah banyak bermain dengan perasaan untuk menjayakan watak Luqman.

“Watak ini memerlukan banyak emosi dan pada masa yang sama, karakter ini banyak sisi berbeza. Watak ini jahat dan Luqman banyak menipu… Saya boleh katakan karakter ini agak berat dan sukar untuk saya bawakan tetapi berjaya dihasilkan dengan bantuan pengarah dan pelakon lain,” katanya.

Selain Fattah, Khilaf Asmara yang diarahkan oleh Uchee Fukada turut dijayakan oleh Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Fahrin Ahmad dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Khilaf Asmara bermula 18 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Padin