“Bayangkan Rindunya Seorang Abah Pada…” – Selepas 3 Bulan, Hafidz Roshdi Jumpa Anak-Anak

Pelakon Hafidz Roshdi akhirnya bertemu dengan anak-anaknya, Humairah, 6, dan Umar, 2, selepas tiga bulan tidak berjumpa.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia meluahkan rasa rindu terhadap mereka yang dipercayai berada di Mata Ayer, Kangar, Perlis iaitu kediaman milik mentuanya.

“Bismillah. Perjumpaan dengan Humairah & Umar setelah hampir 3 bulan tak berjumpa, bayangkan rindunya seorang abah pada anak-anaknya macam mana?,” tulisnya.

Semasa pertemuan itu, Hafidz dilihat turut membawa beberapa hadiah seperti barang permainan dan basikal untuk anak-anaknya.

Selain itu, terdapat juga bungkusan-bungkusan lain yang dibawa ke rumah tersebut.

Di dalam beberapa hantaran foto dan video yang dibuat Hafidz, tidak kelihatan kelibat isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Pada 18 April lalu, Hafidz memfailkan dua hadanah penuh dan sementara terhadap dua anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, selepas mendakwa isterinya menghalang dirinya berjumpa anak-anak.

Terkini, Hafidz membuka akaun baru untuk anak-anaknya di Instagram dimana ia dikendalikan oleh dirinya sendiri.

Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 sebelum isterinya memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Maya Basir