#BBB2019: Chiwan Cari Calon Isteri

Finalis Bintang Bersama Bintang 2019, Chiwan tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dalam waktu terdekat.

Menurut Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri, dia mengaku sudah bersedia bergelar suami namun sedang mencari calon sesuai.

“ Saya pernah bertunang tetapi putus sejak 2 tahun lalu. Saya berkawan dengan bekas tunang selama lapan tahun namun jodoh kami tak panjang.

“ Di usia 33 tahun, sudah tentu saya ada niat untuk membina keluarga sendiri. Cuma belum bertemu calon yang sesuai,” katanya kepada XTRA.

Ditanya tentang kriteria calon yang dicari, Chiwan mengaku mahu seorang gadis yang memiliki rupa paras menawan.

“ Jujurnya, saya suka wanita yang cantik dan sedap mata memandang. Sama ada si dia selebriti atau bukan, saya terima seadanya.

“ Saya juga berharap bakal isteri memahami kerjaya saya sebagai seorang pelawak yang waktu kerjanya tidak tentu masa,” ujarnya.

Malam ini, Chiwan akan berentap dengan empat finalis iaitu Achey, Shuk, Mamak dan Sharif di BBB 2019 yang disiarkan secara langsung dari studio Sri Pentas 2 pada jam 9 malam di TV3!

SGMS Faida