#BBB2019: Giliran Mamak Bawa Pulang RM 10,000

Akhirnya konsert minggu keenam Bintang Bersama Bintang 2019 menyaksikan peserta Mamak membawa pulang hadiah persembahan terbaik.

Lebih istimewa, ini merupakan kemenangan kali pertamanya yang melayakkan Mamak memenangi RM 10,000 sejak menyertai program realiti komedi itu.

“ Lagi dua minggu nak ke final, tipulah kalau saya rasa tak risau bila tak pernah menang persembahan mingguan. Alhamdulillah apa yang Mamak rancang dengan Ammar, menjadi. Lega!,” kata Mamak kepada XTRA.

Tambah Mamak yang dikenali menerusi kumpulan Puteh, dia turut berterima kasih dengan tetamu jemputan pada malam tadi iaitu Ammar.

“ Ammar bijak menggunakan pentas. Maklumlah dia juga merupakan pelakon teater. Tak susah untuk beritahu apa yang saya mahukan.

“ Awalnya, saya mahu membuat sketsa mengenai sesi kaunseling tapi bila fikir balik, tak jadilah. Saya bawakan penceritaan watak lama tetapi mengangkat isu semasa. Alhamdulillah, menjadi akhirnya gabungan dua elemen baru dan lama,” akhirinya gembira.

BBB 2019 berbaki dua minggu lagi bakal menyaksikan pelawak popular tanah air antaranya Achey, Syuk, Chiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero mempamerkan kreativiti dan kebolehan masing-masing bagi merebut gelaran juara.

Juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000. Terus mengundi pelawak kegemaran anda di laman web XTRA!

SGMS Faida