Beginilah Nilai Kasih Sayang Seorang Isteri Terhadap DSAI

Akhirnya, penantian bagi tempoh 11 tahun penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim berakhir hari ini. Datuk Seri Anwar dibebaskan terlebih awal dari tarikh yang ditetapkan selepas mendapat pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V. 

Namun apa yang paling menyentuh perasaan terhadap pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan ini ialah,  tindakan Datin Seri Wan Aziz Ismail yang dilihat memeluk erat suaminya itu tanpa mahu melepaskan  DSAI sepanjang dalam perjalanan menuju ke Istana Negara. 

Setakat ini, DSAI bersama Datin Seri Wan Azizah  dan Datuk Seri Azmin Ali sedang menuju ke Istana Negara untuk menghadap Yang Dipertuan Agong. Walaubagaimana pun, sebarang kenyataan daripda beliau masih belum dibuat tetapi beliau dilihat menyambut kedatangan media yang berada dihadapan Hospital Rehabilitasi Cheras.

Kini DSAI, telahpun menghadap Yang Dipertuan Agong di Istana Negara hari ini. Dan, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad juga turut hadir menyambut kedatangan DSAI ke Istana Negara.

Datin Seri Wan Azizah dilihat setia menemani Suaminya, DSAI

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Yang Dipertuan Agong di Istana Negara

 

 

Salma Syahbuddin