Bekas Suami Serina Redzuawan Bebas Tuduhan Khalwat

Kalau dulu xtra pernah mengeluarkan artikel berkenaan  kontroversi yang berlaku antara Serina Redzuawan dan suami Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghaffar yang terlibat dalam kemelut kes khalwat yang berlaku di kediaman pelakon itu sendiri sehingga anak kepada Chef selebriti itu memfailkan saman dan tuntutan cerai keatas suaminya.

Terbaru, dikhabarkan Gavin telah dibebaskan daripada pertuduhan khalwat yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari semalam.

Hakim Syarie, Siti Aminah Kamil membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menarik semula pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh dengan pasangannya, Kiranjit Sidhu @ Kiran Manjit Singh Sidhu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Peguam syarie Raihan Mustafa Kamal yang mewakili Gavin dan Kiran selepas kes disebut semula. 

“Mahkamah Syariah sdah membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadap kedua-dua anak guam. Sebelum ini dua representasi sudah dikemukakan.”

“Antara alasan dikemukakan ialah keadaan kesihatan Gavin ketika hari kejadian iaitu baru menjalani pembedahan usus, oleh itu mustahil mempunyai niat untuk melakukan kesalahan jenayah syariah,” Katanya

Raihan juga memberitahu, status bilangan penghuni di dalam rumah ketika siasatan tidak menimbulkan keraguan dan elemen pendakwaan tidak dipenuhi. 

Terdahulu, Gavin dan Kiran didakwa atas pertuduhan percubaan khalwat mengikut Seksyen 52(1)  dan Seksyen 29(1)(b)/(b) Enakmen Jenayah Syariah  
(Selangor) Tahun 1995 pada 21 Julai lalu. 

Malah, jika disabitkan kesalahan kedua-duanya akan dikenakan hukuman penjara maksimum setahun  atau dendan RM 3,OOO, atau kedua-duanya sekali.

Gavin dan Serina bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling Jaya pada 1 Ogos 2017  selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. 

Salma Syahbuddin