Categories: Eat TravelFeatured

The Billboard, Markas Baru Buat Penggemar Masakan Barat!

Khabarnya restoran ini menjadi markas terbaru bagi penggemar masakan Western.

Restoran yang dinamakan The Billboard ini mula beroperasi sekitar Februari 2018 dan menghidangkan variasi masakan Barat dengan harga yang berpatutan. Bayangkan menu di sini ada 32 muka surat!

Restoran The Billboard KL terletak di Sungai Penchala, bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara Puchong berdekatan dengan showroom kereta Honda Sungai Penchala.

Sentiasa penuh terutamanya pada waktu makan malam, di sini menjanjikan suasana laid-back dengan alunan muzik dari live band yang membuatkan makan malam anda terasa nyaman dan layan!

Selain hidangan beef dan lamb paling digemari pelanggan, mesti cuba menu lain antaranya 3 yang disenaraikan ini.

Foto: JJCM

1. Kimchi Style (Mild Spicy) – RM19.00

Kepak ayam digoreng rangup sebelum digaulkan dengan sos kimchi. Ayamnya rangup di bahagian kulit namun dagingnya masih tender dan juicy. Kombinasi sos dengan kepak ayam goreng memang enak.

Foto: JJCM

2. Seafood Marinara – RM18.00

Hidangan pasta ini dihidangkan dalam pinggan yang sangat besar dan dipenuhi dengan spaghetti yang dimasak dengan sos marinara dan makanan laut. Memang mengenyangkan dan memuaskan hati!

Foto: JJCM

3. Peri-Peri Chicken (Half Chicken/Roast/Spicy) – RM18.00

Jangan disangkakan Peri Peri Chicken merujuk kepada ayam yang dimasak dengan sos Peri-Peri dari Nando’s. Ayam dimasak secara ‘slow cook’, antara enam hingga 12 jam sebelum dibakar. Ini sekaligus memastikan daging ayam kekal lembut dan berjus.

Foto: JJCM

Terliur ke tidak? Kalau rasa-rasa buntu nak cari tempat makan tu, jangan serabut-serabut singgah saja ke  The Billboard. Rekomendasi dari ramai food hunter, hidangan yang disajikan di restoran ini sangat lazat. 

Sumber: JJCM

Yanie Baharom