Anggun Darniella Nama Puteri Ketiga Diana Nasir

Kakak kepada pelakon Anzalna Nasir, Diana Nasir selamat melahirkan bayi perempuan, pada 10 November lalu.

Bayi comel yang diberi nama Anggun Darniella itu dilahirkan di Thomson Hospital Kota Damansara.

“Assalamualaikum, introducing our beautiful healthy little lady, Anggun Darniella.

“Welcomed into our arms on the 10th November 2018.

“We are all so in love, thank you everyone for all the doas, love and best wishes,” tulisnya di laman Instagram.

Sebilangan besar pengikut Diana mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan keluarga bahagia itu.

Diana dan suaminya Azwan memiliki dua anak kembar iaitu Anggun Darleesa dan Anggun Darleena di mana mereka memiliki akaun Instagram iaitu The Angguns (@the_angguns) 

Comel betul anak-anak Diana, geram we all tengok! 

SGMS Faida