Bella Hadid- The Weeknd Putus Lagi?

Pasangan selebriti terkenal Hollywood, Bella Hadid dan The Weeknd dilaporkan berpisah sekali lagi. 

Menurut laporan TMZ dan E! semalam, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah kerana komitmen kerja dan percanggahan jadual kerja yang terlalu padat.

“Mungkin juga mereka akan bersatu semula di masa akan datang. Mereka juga memasang impian sama tetapi buat masa sekarang, keduanya mahu fokus terhadap kerjaya seni yang sedang meningkat,” kata sumber kepada E!

Namun begitu, laporan Entertainment Tonight memberitahu pasangan ini masih bersama dan hubungan mereka berjalan seperti biasa. 

“Mereka menjalani kehidupan sama seperti pasangan lain. Mereka bercuti, mengembara, bekerja bersama dan adakala ia mencetuskan tekanan. Walaubagaimanapun, masing-masing masih mencintai antara satu sama lain.

“Keduanya masih berusaha melakukan yang terbaik dalam meneruskan hubungan,” kata sumber.

Hadid dan The Weeknd masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hal ini. 

Sementara itu, The Weeknd juga dilihat dalam proses menghasilkan album terbaharunya selepas memuatnaik sekeping gambar di Twitter dengan kapsyen “Album mode full effect,”. 

Pasangan ini mula menjalin hubungan cinta sejak tahun 2015. 

SGMS Faida